Mikoyan-Gurevich MiG-19
Mikoyan-Gurevich MiG-19

Mikoyan-Gurevich MiG-19

Mikoyan-Gurevich MiG-19 (Bahasa Rusia: Микоян и Гуревич МиГ-19) (nama pengenalan NATO "Farmer") merupakan sebuah pesawat pejuang satu tempat duduk, generasi kedua Soviet. Ia merupakan pesawat pengeluaran pertama Soviet yang mampu mencapai kelajuan supersonik dalam penerbangan mendatar. Pesawat pejuang setanding yang dikeluarkan dalam "Siri Century" Amerika Syarikat adalah F-100 Super Sabre, meskipun begitu pesawat ini telah menentang pesawat pejuang F-4 Phantom dan F-105 Thunderchief yang lebih moden semasa Perang Vietnam.